Bahagia E (Mengalih Bentuk Teks Bukan Linear Kepada Linear)

Contoh Soalan

Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola pinjaman yang dibiayai oleh institusi kewangan kepada beberapa sektor tertentu dari tahun 1996 hingga 1999.

Pola Pinjaman Oleh Institusi Kewangan dari Tahun 1996-1999


RM (000000)



Sektor/tahun

1996

1997

1998

1999






Perkilangan

2900

3000

3100

3200






Perlombongan

950

950

950

950






Perniagaan

5000

6000

8000

6500






Pengangkutan

980

970

990

1500






Jumlah

9830

10920

13040

12150

( sumber : data rekaan)

% Perubahan = Nilai Baru - Nilai Asal x 100%

Nilai Asal

= 3200 – 2900 x 100%

2900

= 300 x 100%

2900

= 0.1034 x 100%

= 10.34%


TEKNIK MENJAWAB

Jawapan untuk soalan ini mesti mengandungi 2 bentuk jawapan seperti berikut;

a.. Pola perubahan data ( 2 isi)

b. Isi bandingan dalam tahun ( 2 isi)

Huraian setiap isi yang lengkap mesti mengandungi perkara berikut ;

i. Pola data / Isi

ii. Data asas

iii. Analisis data

iv. Alasan / sebab

Pengenalan

Jadual menunjukkan perubahan pola pinjaman oleh institusi kewangan dari tahun 1996-1999.

A. Isi Pola Perubahan

Isi pola meningkat

- Jumlah pinjaman bagi sektor perkilangan mengalami pola meningkat berterusan dari 1996-1999( isi).

- Pada tahun 1996, jumlah pinjaman sebanyak RM2900juta dan telah meningkat sebanyak RM 300 juta atau 10.34 % menjadi RM3200 juta pada tahun 1999.( data asas + analsis data)

- Keadaan ini disebabkan kegawatan ekonomi berlaku pada hujung 90-an ( alasan

Isi pola Malar/ konsisten

- Pinjaman kepada sektor perlombongan adalah malar/ konsisten dari tahun 1996 hingga 1999 (Isi).

- Pinjaman untuk sektor kekal pada RM 950 juta dalam tempoh 1996 hingga 1999, (data asas)

- Kerana sektor ini memang tidak berkembang akibat ketandasan galian dan harga galian yang rendah.(alasan)

Isi Pola tidak Stabil

- Jumlah pinjaman untuk sektor pengangkutan mengalami pola tidak stabil dari tahun 1996 hingga 1999.(isi)

- Pada tahun 1996, pinjaman adalah RM 980 juta , telah menurun sebanyak RM 10 juta ( 1.02 %) menjadi RM970 juta pada tahun 1997. Pinjaman telah meningkat dari tahun 1997 ( RM 970 juta ) kepada 1999 ( RM 1500 juta) dengan peningkatan sebanyak RM 530 juta ( 54.64%) .( data asas + analisis data )

- Keadaan ini disebabkan sektor berkembang dari tahun 1996 hingga 1997, dan mengalami kerugian teruk akibat syarikat lain muflis dan tidak menggunakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan.( alasan)

B .Isi Bandingan Dalam Tahun.

- Pada tahun 1996, pinjaman yang tertinggi ialah sektor perniagaan iaitu RM5000 juta daripada jumlah RM9830juta, manakala pinjaman terendah ialah sektor perlombongan , sebanyak RM950 juta daripada jumlah RM9830juta.( isi + data asas)

- Pinjaman sektor perniagaan lebih besar daripada sektor perlombongan sebanyak RM4 050juta. ( analisis data )

- Hal ini disebabkan oleh banyak syarikat mengalami kerugian akibat kemelesetan ekonomi. (alasan)

Sumber diperoleh daripada: KLIK SINI

0 Responses so far.

Post a Comment