Prof. Dr. Muhammad Naquib mendefinisikan pendidikan sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan berlaku secara langsung ataupun tidak langsung. Pendidikan merupakan elemen yang penting bagi mengukur pembangunan dan kemajuan dari aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang disusun dalam DPK.


Rasional DPK dibuat kerana tidak tercapai matlamat pembangunan rakyat disebabkan sistem pendidikan terpisah, orang Melayu bersekolah pondok manakala Kaum Cina dan India mempunyai sekolah sendiri menggunakan buku , ilmu dan guru yang dibawa dari negara masing-masing. Oleh itu tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Sejarah pembentukan DPK bermula apabila wujud kesedaran tentang kepentingan pembentukan suatu sitem pendidikan baru bgi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang tidak mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinan identiti kebangsan dan perpaduan negara. Melalui kesedaran ini lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 melalui Penyata Razak 1956 dalam Ordinan Pelajaran 1957. Namun Dasar Pendidikan telah disemak semula pada 1960 dan menghasilkan laporan Rahman Talib yang termaktub dalam Aktra Pelajaran 1961.

Objektif DPK adalah untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara. Selain itu DPK ingin menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bgi keperluan ekonomi. DPK juga diharatpkan dapat memenuhi keperluan keperluan tenaga rakyat, melahirkan masyarakat berdisiplin, bersatupadu dan terlatih.

Strategi pelaksanan DPk antaranya menjadikan bahasa Kebangsaan sebagi bahasa pengantar utama. Selain itu, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia di samping mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah serta mengadakan pendidikan asas selama sembilan tahun.

Semenjak dilaksanakan, DPK masih tidak boleh dikatakan berjaya mencapai objektif sepenuhnya. Walaupun selepas pelaksanaan DPK ramai melahirkan lepasan universiti, namun keadaan ini bukan kejayaan dalam erti kata sebenar. Walupun banyak sumber manusia digunakan dalam pembangunan negara, namun terdapat sebilangannya masih gagal menunjukkan nilai akhlak dan budi pekerti mulia. Terdapat sebilangnnya cendekiawan terlibat dalam pelbagai masalah seperti jenayah kolar putih. Namun begitu, tidak dapat dinafikan DPK berjaya mengurangkan kadar buta huruf dan memenuhi keperluan tenaga kerja.

Sumber diperolehi daripada : Dasar-dasar Utama Kerajaaan Malaysia,( Dasar Pendidikan Kebangsaan, Fadzilah Bt Abdullah)

0 Responses so far.

Post a Comment