Jenis-jenis Suruhanjaya

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

• SPR termaktub dalam PP dan bertanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

• Menyediakan dan menyemak senarai pemilihan untuk pilihan raya


2. Suruhanjaya Perkhidmatan

• Termaktub dalam PP dan bertujuan memastikan kesaksamaan dalam hal ehwal pentadbiran awam seperti pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, dan mengawal tatatertib kakitangan awam. Terdapat 5 buah Suruhanjaya Perkhidmatan:

a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

c. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

d. Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

e. Majlis Angkatan Tentera


3. Suruhanjaya Hak Asasi manusia (SUHAKAM)

Suruhanjaya ini memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung dengan hak asasi manusia.


4. Suruhanjaya Khas

Suruhanjaya ini bersifat sementara dan ditubuhkan untuk tujuan-tujuan khas seperti menyiasat salah guna kuasa, malapetaka alam, dan penyelewengan dan seterusnya mengemukakan syor-syor untuk mengatasinya. Contohnya, suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan pengurusan Polis Diraja Malaysia.


Ciri-ciri Suruhanjaya

a. Mestilah bersifat adil dan berkecuali

b. Bebas daripada pengaruh politik kerana:

c. Anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

d. Hanya penjawat awam, hakim, dan golongan profesional boleh menganggotainya.

e. Anggota suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal; Yang di-Pertuan Agong akan bertindak mengikut syor tribunal dan syor tribunal adalah muktamad.

f. Saraan semua anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

1. Menurut Perkara 139, bidang kuasa SPA meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

2. Semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam dan anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Melaka dan Pulau Pinang

3. Anggota SPA terdiri daripada;

a. Seorang pengerusi

b. Seoang timbalan pengerusi

c. 4 hingga 30 orang anggota

4. Pengerusi dan timbalan pengerusi dilantik daripada

a. Orang-orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam

b. Bekas anggota mana-mana perkhidmatana awam yang bersara tidak lebih daripada 5 tahun sebelum tarikh mereka dilantik

5. Tugas-tugas SPA

a. Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar anggota-anggota perkhidmatan awam.

b. Memasukkan anggota-anggota perkhidmatan awam ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen

c. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatana awam.


Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

1. Menurut Perkara 141A bidang kuasa SPP meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan pelajaran.

2. Anggota SPP terdiri daripada;

a. Seorang pengerusi

b. Seorang timbalan pengerusi

c. 16 orang anggota lain

3. Tugas-tugas SPP;

a. Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar anggota-anggota perkhidmatan pelajaran

b. Memasukkan anggota-anggota perkhidmatan pelajaran ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen

c. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan pelajaran.


Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

1. Menurut Perkara 138, bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.

2. Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang terdiri daripada;

a. Pengerusi SPA yang akan menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang.

b. Pegua Negara atau Peguam Cara Negara

c. Seorang atau beberapa orang anggota lain yang dilantik daripada orang-orang yang menjadi atau yang telah menjadi atau yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi.

3. Setiausaha SPA akan menjadi Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang.

4. Tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang;

a. Melantik dan mengesahkan jawatan anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang seperti majistret dan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

b. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang seperti majistret dan kakitangan mahkamah.

Suruhanjaya Pasukan Polis

1. Menurut Perkara 140, bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis.

2. Anggota Suruhanjaya Pasukan Polis terdiri daripada;

a. Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang akan menjadi pengerusi.

b. Ketua Polis Negara sebagai pemerintah seluruh pasukan polis

c. Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

d. Seorang anggota SPA

e. 2 hingga 6 orang anggota lain.

3. Tugas-tugas Suruhanjaya Pasukan Polis;

a. Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar anggota-anggota pasukan polis

b. Memasukkan anggota-anggota pasukan polis ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen

c. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota pasukan polis.


Majlis Angkatan Tentera

1. Menurut Perkara 137, bidang kuasa Majlis Angkatan Tentera meliputi semua orang yang menjadi anggota angkatan tentera.

2. Anggota Majlis Angkatan Tentera terdiri daripada;

a. Menteri Pertahanan sebagai Pengerusi

b. Wakil raja-raja yang dilantik oleh majlis raja-raja

c. Panglima Angkatan Tentera

d. Setiausaha Kementerian Pertahanan

e. 2 orang pegawai kanan turus kanan angkatan Tentera Persekutuan

f. Seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan

g. Seorang Pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan

h. 2 orang ahli tambahan

3. Tugas-tugas majlis Angkatan Tentera.

a. Pemerintahan dan pentadbiran angkatan tentera

b. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota angkatan tentera.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

1. SUHAKAM ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597).

2. Antara fungsi-fungsi SUHAKAM ialah;

a. Untuk memberi kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung dengan hak asasi manusia.

b. Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran serta mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendak diambil.

c. Untuk mengesyorkan kepada kerajaan tentang pennadatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam hak asasi manusia.

d. Untuk menyiasat aduan berkenaan denagn pencabulan hak asasi manusia dan menyediakan laporan.

3. Keanggotaan SUHAKAM terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak melebihi 20 orang anggota panel.

4. Bidang kuasa SUHAKAM:

a. Untuk memepuk kesedaran tentang hak asasi manusia, mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar, dan bengkel, serta menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu.

b. Untuk menasihati kerajaan dan/ au pihak berkuasa yang berkaitan tentang aduan terhadap pihak iyu dan mengesyorkna langkah- langkah sesuai yang hendak diambil.

c. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan akta

d. Untuk melawat ke tempat tahanan mengukit tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang dan emmbuat syor yang perlu.

e. Untuk mengeluarkan pernyataan awam tentang hak asasi manusia pabila perlu.

f. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu yang mengikut undang-undang bertulis yang berkuat-kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

1. Suruhanjaya kahas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Draja Malysia ditubuhkan pada 4 Februari 2005 atas syor Perdana Menteri Mlaysia ketika itu.

2. Antar tugas-tugas suruhanjaya khas ialah:

a. Menyiasat fungsi dan tanggungjawab PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang negara.

b. Menyiasat keperluan sumber manusia PDRM.

c. Menyiasat etika kerja dan prosedur bagi kakitangan PDRM.

d. Menyiasat isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugas-tugas PDRM.

3. Suruhanjaya khas meninjau kemudahan PDRM dan mendengar taklimat oleh PDRM, Badan pencegah Rasuah, Jabatan pertahanan Awam, serta Biro Pengaduan Awam.

4. Suruhanjaya kahs uga mendapat maklumat, amklum balas, cadangan dan aduan daripada orang ramai, badan bukan kerajaan, badan-badan profesional, serta parti-parti politik.

5. Laporan suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan pengurusan PDRM diumumkan padabulan Mei 2005 dan mengnadungi 125 cadangan.

6. Suruhanjaya ini juga mengenalpasti 3 skop utama yang perlu diberi perhatian untuk melaksanakan proses meningkatkan perkhidmmatan PDRM, iaitu penurunan kadar jenayah, tanggapan tinggi orang ramai terhadap masalah rasuah dalam PDRM, dan isu pencabulan hak asasi manusia.


Sumber diperoleh daripada: Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas 1

8 Responses so far.

  1. Xda tntg Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) ka ?
    Di buku teks , aDa mEnti0n SPK ney tp x detail sgt .

  2. Terima kasih ! blog/nota nie sgt b'guna buat saya :)

  3. Bagus points di sini!

  4. Peranan suruhanjaya dalam memajukan negara?

  5. Apa maksud PP dalam SPR dan Perkhidmatan Awam ?

  6. tq... info ini sgt berguna kpd sy n kwn2 utk mghadapi exm x lama lagi...

  7. Adakah jenis suruhanjaya di atas sama dengan suruhanjaya baru?

  8. suruhanjaya am mengenai suruhajaya tu camne ??

Post a Comment