• Sistem mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan Pulau Pinang.

• Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:
1. Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu
2. Mahkamah Agung Singapura
3. Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei



• Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
Pembentukan Malaysia

• Dalam tahun 1963 wilayah-wilayah British yang masih tinggal, telah dikorporatkan menjadi Persekutuan Malaysia yang lebih besar. Perlembagaan 1963 telah diganti dengan pelbagai Mahkamah Rayuan dan satu Mahkamah Persekutuan Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, bersama tiga Mahkamah Tinggi, yang masing-masing diketuai oleh Ketua Hakim, seperti di bawah ini:
1. Mahkamah Tinggi Malaya
2. Mahkamah Tinggi Singapura
3. Mahkamah Tinggi Borneo

• Satu Mahkamah Agong Keadilan telah diwujudkan di Brunei.

• Mahkamah Tinggi Singapura telah berhenti menjadi sebahagian daripada sistem mahkamah Malaysia apabila Singapura meninggalkan persekutuan tersebut pada 9 Ogos 1965.
Rayuan Majlis Privi

• Walaupun selepas kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia, menurut perjanjian antara Her Majesty The Queen dan Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan Artikel 131 daripada Perlembagaan Persekutuan, keputusan kehakiman daripada Mahkamah Persekutuan boleh diambil di atas rayuan ke Judicial Committee of the Privy Council di London.

• Rayuan Majlis Privi ke atas perkara jenayah dan perlembagaan telah di mansuhkan pada 1 Januari 1978. Rayuan sivil juga telah dimansuhkan pada 1 Januari 1985, Mahkamah Persekutuan telah dinamakan semula sebagai "Mahkamah Agung Malaysia".
Reformasi 1994

• Dalam tahun 1994, bagi mengekalkan tingkat kedua di dalam sistem rayuan yang telah hilang apabila rayuan-rayuan Majlis Privi telah dibatalkan, Perlembagaan telah diubah untuk menubuhkan Mahkamah Rayuan Malaysia (diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan) dibawah Mahkamah Agong, yang mana sekali lagi dinamakan semula "Mahkamah Persekutuan Malaysia".

• Sebagai sebahagian daripada Malaysia Barat, Mahkamah Tinggi Borneo telah dinamakan "Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak". The office of Lord President of the Supreme Court was replaced by that of "Chief Justice of Malaysia", while the Chief Justices of Malaya and Borneo were re-titled "Chief Judge of Malaya" and "Chief Judge of Sabah and Sarawak" respectively. These changes were seen by many in the Opposition as an attempt to downgrade the prestige of the judiciary.

Diadili oleh juri
• Sehingga 1995, hak diberi untuk memohon perbicaraan diadili juri - juri yang biasanya terdiri dari 7 orang lelaki dan wanita - dalam kesemua kes-kes berat (capital cases).
• Perbicaraan diadili juri dibolehkan dalam kesemua kes pendakwaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang merupakan bekas-bekas koloni British, sehinggalah ia dihadkan kepada kes-kes berat sahaja pada 1978. Di Negeri-Negeri Melayu, perbicaraan diadili juri tidak dibenarkan ketika pemerintahan kolonial dan kes-kes berat dikendalikan oleh seorang hakim bersama dua orang panaksir (assessor) tetapi kemudiannya di perkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman selepas kemerdekaan pada 1957 . Di Sabah dan Sarawak, perbicaraan kes-kes berat masih dibicara oleh hakim dan dua assessors, seperti sebelum kemerdekaan.Pada 1 Januari 1995, perbicaraan diadili juri dimansuhkan di seluruh Malaysia.

Mahkamah Atasan

a. Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.


b.Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
• tuntutan melebihi RM10000
• keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
• rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

c.Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:
• kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
• kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
• penjagaan kanak-kanak;
• pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
• injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
• kesahan individu.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

Mahkamah Bawahan
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.

a.Mahkamah Sesyen
Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

b.Mahkamah Majistret
Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

c.Mahkamah lain
Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.
Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.
Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli.
Terdapat juga Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.

d.Mahkamah Syariah
Rencana utama: Mahkamah Syariah di Malaysia
Terdapat sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam kali.

Senarai Ketua Hakim Negara
Rencana utama: Ketua Hakim Negara Malaysia
• Tun Salleh Abas (1984-1988)
• Tun Abdul Hamid Omar (1988-1994)
• Tun Mohd Eusoff Chin (1994-2000)
• Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (2000-2003)
• Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (2003-2007)
• Tun Abdul Hamid Mohamad (2007-2008)

Sumber diperoleh daripada : KLIK SINI

1 Response so far.

  1. Maklumat yg berguna....boleh terangkan tentang mahkamah khas pula??

Post a Comment