Seseorang layak menjadi warganegara Malaysia melalui empat cara yang berikut:

a. Kuatkuasa undang-undang

b. Pendaftaran

c. Kemasukan(naturalisasi/perwarganegaraan)

d. Percantuman wilayah


Kuatkuasa undang-undang

Orang-orang yang berikut adalah warganegara dengan kuatkuasa undang-undang:

1. Perkara 14(1) (a): setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) dan merupakan warganegara Persekutuan menurut peruntukan yang terkandung dalam bahagian I jadual kedua Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut:

a) Dia menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

b) Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan selepas bulan oktober 1962.


c) Dia dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan, atau dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain pada masa lahirnya.


d) Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada masa kelahirannya, bapanya seorang warganegara dan juga telah dilahirkan di Persekutuanbatau pada kelahiran itu berada dalam perkhidmatan kerajaan Persekutuan tau kerajaan sesebuah negeri.

e) Dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada hari kelahiran itu, bapanya seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiran itu di tempat pejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di Singapura, sarawak, Brunei, tau Borneo Utara.


2. Perkara 14(1) (b): Seseorang yang diahirkan pada atau selepas hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Perekutuan seperti yang berikut:

a. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan.

b. Dia dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganeagara dan dilahirkan di Prsekutuan, atu pada masa kelahiran itu bapanya berkhidmat dengan Kerajaan persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.

c. Dia dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiran itu dipejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku Brunei.

d. Dia dilahirkan di Singapura dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara.

e. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahirannya dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara.

Pendaftaran

Kewarganegaran Malaysia boleh dipohon melalui pendaftaran dengan syarat-syarat tertentu seperti seperti berikut:

Pihak yang layak

Syarat-syarat

Perempuan yang bersuami

(perkara 15(1))

-perkahwinan didaftarkan di Persekutuan

-pada tarikh permohonan dia masih bersuami dan suaminya seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962

-telah bermastautuin di Persekutuan sepanjnag tempoh dua btahun sebelum tarikh pemohonan itu dan berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan

-Dia berkelakuan baik

Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun

(Perkara 15(2))


-sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara


Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan dilahirkan di Persekutuan sebelum hari Merdeka

(Perkara 16)

-dia telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 5 tahun dalam tempoh 7 tahun sebelum taikh permohonan itu

-dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan

-Dia berkelakuan baik

-mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu


Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan biasanya bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia (Perkara 16A)

-dia telah bermastautin di wilayah-wilayah yang terkandung dalam negeri-negeri itu sebelum hari Malaysia dan selepas Hari Malysia, dia bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 7 tahun dalam tempoh 10 tahun sebelum tarikh permohonan itu.

-dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan

-dia berkelakuan baik

-dia mempunyai pengetahuan yang cukup dalam Bahsa Melayu atau Bahasa Inggeris.


Kemasukan (Naturalisasi/ pewarganegaraan)

Menurut perkara 19(1), seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun dan bukan warganegara malaysia boleh memohon kewarganegaraan Malaysia melalui kemasukan dengan syarat bahawa:

a) Dia telah bermastatutin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarukh permohonan itu.

b) Dia berniat hendak bermastatutin tetap di Persekutuan

c) Dia berkelakuan baik

d) Dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu.


Percantuman Wilayah
Menurut perkara 22, jika sesebuah wilayah baru dimasukkan ke dalam Malaysia

selepas Hari Malaysia (16 September 1963), parlimen boleh melalui undang-

undang menentukan warganegara wilayah itu yang akan menjadi warganegara

Malaysia atas sebab hubungan mereka dengan wilayah itu dan tarikh mulanya

mereka akan menjadi warganegara.

Sumber diperoleh daripada: Teks Pra-u STPM Pengajian Am Kertas 1


13 Responses so far.

  1. If I want to apply for citizenship, where do I go? Please help. Kindly wire me an email @ ezradaniel.peace@gmail.com . Looking forward for your favorable reply. Thanks

  2. Go to JPN office

  3. yes

  4. 23 mana?

  5. mana 28

  6. apa maksud berumur 21 tahun dan telah bermastautin bagi satu tempat tertentu

  7. Boleh tak yg bukan warganegara sblm ni tp dah tukar jadi warganegara di tarik balik taraf dia? Mungkin ada ulasan dan pencerahan. Tq

  8. Who maman..i Don't know

  9. assalamualaikum tolong bagai mana cara menjadi warganegara malaysia..saya dari umur 3 tahun kehilangan kluarga kandung dan pelihara oleh makcik saya iaitu kakak kepada ayah saya..dan skg umur saya sdh 20 tahun tapi saya blum ada document apa2..saya hanya menetap dngn makcik saya tanpa bekerja kerana xda document harap d balas.sekian terima kasih

  10. kalau bukan warga negara pun takpa asalkan document utk kerja

  11. apa bukti kelahiran yg ada ? surat hospital ? pergi ke jpn dan dapatkan surat beranak semual....ada bayaran sikit...kurang RM 20...

  12. Kalau yg guna pasport tp sdh lama d sini boleh ka memohon jd penduduk sementara atau apa la sebap sya mau menetap di sini

  13. Tolong perketatkan prasyarat untuk warga asing untuk menjadi kerakyatan malaysia..Kebanyakan yang jadi warganegara malaysia di kalangan warga asing semakin hilang kualiti dan membebankan negara.Buat macam negara brunei tegas dalam isu kerakyatan

Post a Comment