Agama Rasmi (Perkara 3)

  • Islam adalah agama rasmi di Malaysia, namun agama lain boleh diamalkan denagn bebas
  • Ketua gama Islam bagi setiap negeri beraja ialah sultan, raja, atau yang Di-Pertuan Besar
  • Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam di Pulau pinan, Melaka, sabah , sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, labuan, Putrajaya)
  • Orang bukan Islam dilarang menyebarkan agama lain kepada rakyat yang beragama Islam
  • Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang pentadbiran agama Islam, bukannya Parlimen.
  • Perkara 3(2); dalam apa-apa perbuatan, amalan, atau uapacara agama Islam yang disetujui oleh Majlis raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, raja setiap negeri hendaklah mmebenarkan Yang di-Pertuan Agong Mewakilinya.
  • Parlimen hanya berkuasa untuk menggubal undang-undang pentadbiran agama Islam bagi wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.




Bahasa Kebangsaan (Perkara 152)

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu yang dimaksudkan boleh dalam bentuk huruf Jawi atau rumi.
  • Bahasa melayu mesti digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan samada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Perkara 152(1)(a): Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditaha daripada menggunakan atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain (bagi apa-apa maksud selain maksud rasmi)
  • Bahasa Inggeris digunakan dalam;

a) Hubungan dengan negara asing

b) Latihan-latihan yang dianjurkan oleh pakar-pakar luar negara

c) Pengajaran bidang perubatan, sains dan teknologi dalam sisitem pendidikan negara (Pindaan 1995)

Takrifan “Melayu” dalam Perlembagaan Persekutuan

1. MenurutPerkara 160(2), “Melayu” bermaksud seseorang yang

a. Menganut agama Islam

b. Lazim bercakap bahasa Melayu

c. Mengamalkan adat istiadat Melayu

2. Orang itu juga perlu memenuhi satu daripada syarat-syarat berikut:

a. dia dilahirkan di Persekutuan atau Singapura sebelum Hari Merdeka, atau ibu bapanya telah dilahirkna di Persekutuan atau Sinagpura, atau pada Hari Merdeka itu, dia bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

b. Dia berketurunan seorang yang memnuhi syarat (a) di atas.

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153)

1. Sekurang-kurangnya ¾ jawatan perkhidmatan awam diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

2. Lesen-lesen perdagangan tertentu diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

3. Kuota peuanga pendidikan ke Tingkatan Enam, Kursusu Matrikulasi, dan peringkat universiti juga disediakan untuk orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

4. Pemberian biasiswa kepada orang Melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak. Setakat kemampuan kerajaan.

5. Yang di-Pertuan agong bertanggungjwab untuk melindungi hak-hak istimewa bumiputera dan hak-hak sah bagi rakyat bukan bumiputera.

Tanah Rizab Orang Melayu (Perkara 89)

1. Menurut Perkara 89(6), tanah rizab orang Melayu ertinya tanah yang dikhaskan untukdiberi milik kepada orang-orang Melayu atau kepada bumiputera bagi negeri tempat letaknya tanah itu.

2. Tanh rizab orang Melayu tidak boleh di jual kepada orang bukan Melayu

3. Kerajaan Negeri boleh mengikut undang-undang yang ada mengisytiharkan mana-mana tanah sebagi rizab orang Melayu jika:

a. Tanah itu diambil oleh Kerajaan Negerimelalui perjanjian dengan tuan punya tanah untuk dijadikan tanag rizab orang Melayu.

b. Tuan punya tanah dan setiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan terhadap tanah itu membuat permohonan untuk menjadikan tanah itu tanah rizab orang Melayu.

4. Jika mana-mana tanah terhenti draipada menjadi tanah rizab orang Melayu, Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan mana-mana tanah lain ang serupa jenisnya dengan tanah itu dan seluas tidak melebihi luas tanah itu sebagai tanah rizab orang Melayu untuk mengganti tanah rizab yang terhenti itu.

Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (Jadual Kesembilan)

1. Jadual Kesembilan dalam PP menyatakan pembahagian kuas antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

2. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bidang-bidang senarai Persekutuan manakala Kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya terhadap bidang-bidang dalam senarai Negeri.

3. Senarai Bersama merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri.

4. Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam amna-mana senarai akan menjadi tanggungjawab dan diwah kuasa Kerajaan Negeri; hal ini bermakna kerajaan Negeribmempunyai baki kuasa perundangan.

Senarai Persekutuan

· Hal ehwal luar negara

· Pertahanan bagi Persekutuan

· Keselamatan dalam Negeri

· Undang-undang, acara sivil dan jenayah, dan pentadbiran keadilan.

· Kewarganegaraan persekutuan

· Jentera Kerajaan Persekutuan

· Kewangan seperti mata wang dan tukaran wang asing

· Perdagangan, komersial dan perusahaan

· Perkapalan, pelayaran, dan perikanan laut dalam

· Perhubungan dan pengangkutan

· Kerja-kerja Persekutuan dan kuasa

· Kajian, siasatan dan penyelidikan

· Pendidikan

· Ubat dan kesihatan

· Buruh dan keselamatan sosial

· Kebajikan orang-orang asli

· Pekerjaan profesional

· Hari kelepasan am

· Pertubuhan yang tidak diperbadankan

· Kawalan terhadap musuh tanaman

· Akhbar, penerbitan, percetakan

· Penapisan

· Panggung wayang dan tempat hiburan awam

· Syarikat kerjasama/ koperasi

· Pelancongan, perkhidmatan bomba

· Semua perkara berhubung dengan wilayah Persekutuan

Senarai Negeri

· Hukum syarak dan hal ehwal agama Islam (kecuali tentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

· Tanah (kecuali tentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

· Pertanian dan perhutanan (kecuali tentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

· Kerajaan tempatan (di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

· Perkhidmatan lain bercorak tempatan, seperti perlesenan panggung wayang dan tempat hiburan awam (kecuali tentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

· Kerja-kerja negeri dan kerja-kerja air.

· Jentera kerajaan negeri

· Hari kelepasan negeri

· Siasatan bagi maksud negeri

· Penyu dan menangkap ikan di sungai

· Perpustakaan, muzium, monumen, rekod purbakala, tapak dan peninggalan zaman purba

Tambahan kepada Sabah dan Sarawak

· Undang-undang dan adat istiadat bumiputera

· Perbadanan pihak berkuasa dan badan yang lain yang ditubuhkan oleh undang-undang negeri

· Pelabuhan

· Ukuran tanah

· Kereta api Sabah

Senarai Bersama

· Kebajikan masyarakat

· Biasiswa

· Perlindungan bagi binatang dan burung liar

· Ternakan binatang

· Perancangan bandar dan kampung

· Kutu rayau dan penjaja beredar

· Kesihatan awam, kebersihan, dan mencegah penyakit

· Perparitan dan pengairan

· Pemulihan tanah lombong dan tanah yang dibinasakan oleh hakisan tanah

· Langkah-langkah keselamatan kebakaran

· Kebudayaan dan sukan

· Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan

· Bekalan dan perkhidmatan air

· Pemeliharaan warisan

Tambahan kepada Sabah dan Sarawak

· Undang-undang diri

· Pencemuhan barang makanan dan barang lain

· Perkapalan; menangkap ikan di laut dan muara, perikanan

· Pengeluaran, pembahagian, dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijanakan oleh kuasa air

· Penyelidikan pertanian dan perhutanan

· Khairat dan amanah serta yayasan khairat dalam negeri

· Panggung wayang dan tempat hiburan awam

· Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya secara tidak langsung

· Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya secara tidak langsung.

  • Jadual kesembilan PP telah dipinda pada awl tahun 2005. Pindaan itu berkaitan dengan Senarai Bersama dengan memasukkan dua perkara yang berikut ke dalamnya.

a. Bekalan dan perkhidmatan air- pindaan ini membolehkan Kerajajn Persekutuan mengambilaliuh pengurusan air bermula dari aspek rawatan hinggalah ke pengagihan dan pengebilan air daripada kerajaan negeri (kecuali sabah dan Sarawak).

b. Pemeliharaan warisan- pindaan ini membolehkan Kerajaan Persekutuan memelihara wraisan negara bersama-sama Kerajaan negeri.

Sumber diperoleh daripada:

1.Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas 1

2.Perlembagan malaysia, Asas-asas dan Masalah

3.Perlembagaan Persekutuan


2 Responses so far.

  1. tiz was very helpfull for my pa notes...10q..

  2. tq for sharing this.it helped me a lot

Post a Comment