• Perlembagaan Persekutuan merupakan perlembagaan bertulis di Malaysia. PP telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1957.
  • PP digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh:
  1. Lord Reid,
  2. Sir Ivor Jenning (Britain)
  3. Sir William Mckell (Australia)
  4. B. Malik (India)
  5. Hakim A. Hamid (Pakistan)
  • PP digubal berdasarkan 131 memorandum
  • PP merupakan sumber segala perundangan yang telah dikanunkan tetapi boleh dipinda. PP dipinda oleh parlimen dari semasa ke semasa supaya relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
  • PP mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.
  • PP memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum hari Merdeka dan undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

  • PP merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
  • Parlimen atau badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif mendapat kuasa daripada PP.
  • Yang di-Pertuan Agong juga menjalankan kuasanya mengikut PP.
  • Undang-undang berlawanan dengan PP hendaklah terbatal setakat mana undang-undang itu berawanan dengan PP.


Kandungan Perlembagaan Persekutuan

PP terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara.

Bahagian

Butir-butir

Perkara

1

Negeri-negeri, agama, dan undang-undang Persekutuan

1-4

2

Kebebasan asasi

5-13

3

Kewarganegaraan

14-31

4

Persekutuan

32-69

5

Negeri-negeri

70-72

6

Perhubungan antara persekutuan dengan Negeri-negeri

73-95E

7

Peruntukan-peruntukan kewangan

96-112E

8

Pilihan raya

113-120

9

Kehakiman

121-131A

10

Perkhidmatan awam

142-148

11

Kuasa-kuasa Khas menentang kuasa subvertif dan kuasa-kuasa darurat

149-151

12

Am dan pelbagai

152-160

12A

Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak

161-161H

13

Peruntukan sementara dan peralihan

162-180

14

Pengecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

181

15

Prosiding terhadap yang di-Pertuan agong dan Raja-raja

182-183


Ciri-ciri Kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan

  • Malaysia mengamalkan sisten kerajaan Persekutuan (Kerajaaan Persekutuan + Kerajaan Negeri)
  • Malaysia mempunyai raja berperlembagaan
  • Mengamalkan demokrasi berparlimen dan parlimen bercorak Westminster
  • Mempunyai parlimen dwidewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara
  • Mengutamakan ketertinggian perlembagaan


Kebebasan Asasi Warganegara Malaysia

1. Kebebasan diri

a. Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atu dilucutkan kebebasan dirinyabkecuali menurut undang-undang.

b. Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 2 jam kecuali selepas dibawa kehadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.

c. Seseorang warganegra yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguam itu

d. Jika ditahan oleh pihak polis tidak mengikut habeas corpus daripada mahkamah untuk melepaskan dirinya.

2. Pengabdian dan kerja paksa
a. Tiada warganegara yang boleh ditahan sebagai abdi
b. Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boelh dengan undang-undang, membuat
peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

3. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang

a. Tiada warganegara boelh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketingaglan yang tidak
menjadi kesalahan di sisi undang-undangvpada maas perbuatan atau ketinggalan itu
dilakukan
b. Warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan
sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.

4. Sama rata
a. Semua warganegara adalah sama rata di sisi udang-undang dan berhak untuk mendapatkan
perlindungan yang sama ata.
b. Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keturunan, atau
tempat lahir.

5. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
a. Tiada warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.
b. Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan kebebasan di seluruh Persekutuan dan
bermastautin di mana-mana bahagiannya.

6. Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan
a. Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkn fikirannya.
b. Setiap warganegra bebas untuk berhimpun dengan aman.
c. Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

7. Kebebasan agama
a. Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

8. Hak-hak berkenaan dengan pendidikan
a. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap amna-mana warganegara berdasarkana gama, kaum,
keturunan, atau tempat lahir.
b. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk
pendidikan kanank-kanak dalam kumpulan itu sendiri.

9. Hak terhadap harta
a. Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang
b. Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan
harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.

Sumber diperoleh daripada: Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas 1

0 Responses so far.

Post a Comment