KONSEP bandar dalam taman atau bandar dalam hutan bukan perkataanbaru bagi perancang bandar di negara ini. Tetapi konsep ini sedang diperkatakan oleh perancang bandar di China.Banyak majlis perbandaran di China kini berebut-rebut mahu mengetengahkan konsep 'bandar hutan'. Ketika ini semakin banyak bandar di China mahu menukar wajah hutan batu yang kaku itu. Jadi usaha mengubah imej itu disambut baik oleh perancang bandar.


Mengikut China Daily, lebih 20 bandar di China telah meletakkan keutamaan untuk menukarpusat bandar kepada bandar hutan bagi memperbaiki suasana kehidupan dan persekitarannya.Bandar hutan pertama yang akan muncul ialah di Changchun, ibu negeri wilayah Jilin di timurlaut China. Changchun mempunyai latar hutan yang menarik dan boleh mewujudkan beribu-ribuhektar kawasan dengan hutan semula jadinya.Namun bandar hutan yang jadi tarikan ialah Guiyang, ibu negeri wilayahGuizhau di barat daya China. Ia juga dinamakan sebagai Bandar Hutan Negara yang pertama ketika forum bandar hutan kali pertama diadakan November lalu. Guiyang berada di kawasan berbukit dan hampir 35 peratus kawasan pentadbirannya diliputi hutan.Konsep bandar 'berpokok' bermula pada tahun 1960-an di Amerika Utara dan diperkenalkan ke China pada 1990-an.

Konsep ini sebenarnya menggalakkan penanaman pokok di dalam bandar bagi membolehkan penduduk kota menikmati persekitaran hijau dan sihat.Oleh kerana ghairah dengan konsep ini, ada yang sanggup mengorek pokok besar dari kawasan pergunungan untuk ditanam semula di dalam bandar. Tindakan itu dikritik kerana timbul kebimbangan ia berpotensi mengganggu sistem semula jadi dan mencetus hakisan tanah.Apa yang sedang berlaku di bandar-bandar China, bukan perkara baru di negara kita yang sedang rancak mengalami proses pengembangan dan pembesaran kawasan bandar. Konsep kita terhadap bandar dalam taman atau bandar dalam hutan agak berbeza dengan yang cuba diperkenalkan di China.

Sesungguhnya kawasan bandar sedia ada di negara kita tidak mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk. Jadi kawasan hutan dan bukit-bukau berhampiran jadi sasaran.Kawasan perbandaran baru yang diwujudkan di Lembah Klang misalnya sering mengalami proses pembangunan yang dahsyat. Untuk membina perbandaran baru, kawasan hutan diratakan dan bukit ditarah terlebih dahulu.Pokok asal yang ada di sana, baik bersaiz kecil atau besar habis dipotong.

Tiada yang mendapat simpati untuk ditinggal sebagai mercu tanda kawasan berkenaan.Hutan atau bukit yang kita kenal dulu sudah berubah wajah. Pokok besar yang melindungi hidupan di bawahnya sudah diganti banglo atau rumah mewah serta bangunan komersial. Parit konkrit ambil alih tugas sungai. Atas konsep untuk menunjukkan ia bandar dalam taman atau hutan, pokok segera ditanam berjajaran sepanjang jalan. Suasana damai tak terasa. Lalu kita terus tercari-cari konsep bandar yang dicanang-canangkan itu.


Sumber diperoleh daripada: KLIK SINI




0 Responses so far.

Post a Comment