• Negara ditakrifkan sebagai suatu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sesebuah kerajaan
  • Antara ciri-ciri kerajaan adalah:
  1. Mempunyai sempadan tetap dan diiktiraf

  2. Mempunyai penduduk tetap

  3. Kerajaan teratur

  4. Memiliki Perlembagaan

  5. Kedaulatan, iaitu berupaya mengawal hal ehwal dalam negara dan kebebasan

  6. Mengadakan hubungan diplomatik




Sistem Kerajaan

a. Kerajaan Persekutuan




  • Merupakan gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
  • Kerajaan Pusat tidak memmiliki kuasa mutlak.
  • Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang perundangan tertentu.
  • Setiap peringkat mempunyai kedudukan yang seimbang.
  • Kerajaan pusat mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap luar negara dan hal umum
  • Kerajaan Negeri mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal ehwal dalam negeri seperti tanah, hutan dan pentadbiran negeri.
  • Tidak ada pihak yang menindas
  • Contoh negara yang mengamalkan Keraan Persekutuan-

  • Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India dan Malaysia.



b. Kerajaan Kesatuan




  • Merupakan gabunagn beberapa buah kerajaaan negeri dengan Kerajaan Pusat.
  • Kerajaan pusat berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
  • Contoh negara Kerajaan Kesatuan- Britain, New Zealand, Perancis, Denmark, dan Indonesia



c.Kerajaan Konfederasi


  • Merupakan sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa poemerintahan kepada Kerajaan Negeri.
  • Kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat terhad.
  • Kerajaan pusat kurang berfungsi .
  • Diwujudkan melalui perjanjian yang longgar, contohnya Konfederasi Jerman Utara 1867-1871.
  • Kini Kerajaan Konfederasi tidak wujud lagi.



Perbandingan antara ketiga-tiga kerajaan









Keraan Persekutuan


Kerajaan Pusat


Kerajaan Konfederasi


Kerajaan Pusat tidak berkuasa mutlak


Kerajaan Pusat berkuasa mutlak


Kerajaan Pusat berkuasa terhad.


Kerajaan Negeri mempunyai kuasa autonomi dalam bidang perundangan tertentu.


Undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri boleh dibatalkan oleh kerajaan pusat.


Kerajaan Negeri mempunayi kebanyakan kuasa pemerintahan.



Sumber : Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas 1


















0 Responses so far.

Post a Comment