Menyebut Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara tidak langsung melibatkan perkembangan sosio ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia. Jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum wujud semasa pemerintahan British antara penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera, kawasan bandar dengan luar bandar dan pantai timur Pantai Barat.

Jurang perbezaan sosio ekonomi antara penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera amat ketara dalam aspek pembangunan seperti pemilikan harta kekayaan, pelajaran, guna tenaga, pekerjaan, pendapatan, dan sebagainya. Masyarakat Bumiputera jauh ketingaglan dalam aspek-aspek ini jika dibandingkan dengan penduduk bukan bumiputera kecuali dalam bidang politik




Walaupun, orang Melayu mempunyai kuasa dalam bidang politik, namun masih berada dalam keadaan lemah. Masyarakat Melayu berada pada tahap miskin, samada di bandar mahupun di desa, meskipun terdiri dalam golongan majoriti.Pada tahun 1970,65% dari keluarga Melayu adalah miskin, berbanding 39% orang Cina dan 26% orang India.

Berikutan daripada peristiwa Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, DEB telah dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk memperbaiki keadaan sosio ekonomi negara. Rusuhan kaum berlaku desebabkan ketegangan perkauman akibat ketidakseimbangan ekonomi yang ketara antara kaum. Menyedari agihan kekayaan juga tidak seimbang, kerajaan menggunakan pendekatan menerusi DEB.

Matlamat utama DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara. Mengimbas kembali kata-kata Tun Abdul Razak, beliau mengatakan bahawa untuk mencapai matlamat perpaduan bukan sahaja bergantung kepada perkembangan ekonomi semata-mata. Namun dalam usaha menghadapi pembangunan ekonomi yang cepat kita hendaklah melahirkan keadan masyarakat yang adil, pembahagian pendapatan yang saksama dan menambah peluang pekerjaan.

Matamat kedua DEB adalah mengurangkan kemiskinan dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui beberapa strategi antaranya mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan akhirnya mencapai tingkat guna tenaga penuh. Selain itu kerajaan menambah kemudahan samada di bandar mahupun luar bandar dengan menyediakan peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain. Kerajaan juga memberi peluang kepada golongan miskin bergiat dalam perindustrian. Di samping itu, kerajaan memodenkan keadaan di luar bandar dengan menyediakan infrastruktur seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan, dan pendidikan.

Sumber: Suntingan Yusof Ismail (Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia)

0 Responses so far.

Post a Comment