1. Agensi pusat membantu pelaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

2. Tugas-tugas utama kerajaan pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.

3. Terdapat 5 buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu;
a. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
c. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
d. Unit Penyelidikan Ekonomi (SERU)
e. Unit Pemodenan Tadbiran dan Peracangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Suruhanjaya

Posted by Ayusaudah at 12:47 AM 8 Comments

Jenis-jenis Suruhanjaya

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

• SPR termaktub dalam PP dan bertanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

• Menyediakan dan menyemak senarai pemilihan untuk pilihan raya


2. Suruhanjaya Perkhidmatan

• Termaktub dalam PP dan bertujuan memastikan kesaksamaan dalam hal ehwal pentadbiran awam seperti pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, dan mengawal tatatertib kakitangan awam. Terdapat 5 buah Suruhanjaya Perkhidmatan:

a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

c. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

d. Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

e. Majlis Angkatan Tentera

Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan,peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu. Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.