Prof. Dr. Muhammad Naquib mendefinisikan pendidikan sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan berlaku secara langsung ataupun tidak langsung. Pendidikan merupakan elemen yang penting bagi mengukur pembangunan dan kemajuan dari aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang disusun dalam DPK.





Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.


Agama Rasmi (Perkara 3)

  • Islam adalah agama rasmi di Malaysia, namun agama lain boleh diamalkan denagn bebas
  • Ketua gama Islam bagi setiap negeri beraja ialah sultan, raja, atau yang Di-Pertuan Besar
  • Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam di Pulau pinan, Melaka, sabah , sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, labuan, Putrajaya)
  • Orang bukan Islam dilarang menyebarkan agama lain kepada rakyat yang beragama Islam
  • Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang pentadbiran agama Islam, bukannya Parlimen.
  • Perkara 3(2); dalam apa-apa perbuatan, amalan, atau uapacara agama Islam yang disetujui oleh Majlis raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, raja setiap negeri hendaklah mmebenarkan Yang di-Pertuan Agong Mewakilinya.
  • Parlimen hanya berkuasa untuk menggubal undang-undang pentadbiran agama Islam bagi wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.